Islam itu Indah...

Berjalan meniti laluan hikmah...

Jalan Pilihan




Insan mana yang tidak inginkan kebaikan. Sedangkan sudah menjadi fitrah manusia bahawa kebaikan itulah pilihan. Namun, ramai yang tidak tahu membezakan kebaikan dan kebenaran.

“kebenaran itu tidak ada dua, tiga atau seterusnya. Kebenaran itu cuma satu. Kebenaran yang satu itulah yang di cari oleh setiap insan. Ada yang berjaya menemuinya dan ada yang gagal menemuinya…”
Ust Ashaari, Global Ikhwan Corp.

Dan banyak lagi cara tafsiran kebenaran bagi insan yang yang juga sama memikirkannya. Perjalanan mencari kebenaran itu adalah jalan mencari tuhan, Allah swt yang memiliki dzat yang tertinggi. Setiap hati yang sedar sering bertanya:

Bagaimana untuk bermula?

Berapa jauhkah perjalanan ini?

Dan yang paling penting sekali…

Bagaimana jika tersalah langkah!

Betapa sedihnya hati bila mengetahui langkah yang di pilih adalah jalan yang salah. Terasa malu menghadap Allah swt. Mengingatkan kembali betapa hinanya kita sebagai hamba. Taraf yang paling rendah dalam susur galur peradaban sosial dunia. Apalagi dihadapan kerajaan langit, tidak layak kita sebagai manusia untuk meminta apa-apa.

Namun jangan kita pernah terlupa, kasih sayang Allah swt itu lebih mendahului daripada murkaNya. Yang setiap yang kita lalui itu adalah ujianNya. Setiap apa yang kita lalui, asalkan niat ikhlas kerana Allah swt, kita tidak akan pernah tersalah langkah. Betapa besarnya kasih sayang Allah swt kepada kita dan betapa ruginya manusia tidak menyedari. Seorang sahabat sering berpesan ketika saya bersedih,

“ kalau Allah swt makbulkan doa kita, bermakna Allah swt menyayangi kita. Kalau Allah swt lambat memakbulkan doa kita maka Allah swt menguji kita kerana Allah swt menyayangi kita. Tetapi jika Allah swt tidak memakbulkan doa kita, maka Allah swt ada yang lebih baik untuk kita, kerana sesungguhNya Allah swt amat menyayangi kita”

Tetap dan teguhlah dengan jalan yang dipilih. Dan yang pastinya, pilihlah jalan yang terbaik. Dan ingatlah ayat-ayat cinta dari Allah swt,

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh”
61:4

Janji Allah swt adalah janji yang nyata. Dan janjiNya adalah semangat perjuangan kita. Tidak kira jalan apa yang di pilih, selagi kita memegang perintahNya dan mengerjakanNya, tidak akan ada jalan yang salah untuk di lalui.

Berjuanglah bagaikan hari esok adalah penghujung perjuangan…..

Can you see year 2020?

Let's see the classic era...=)




















They call it technology. Human start the technology with the conversions of nature's product into tools to provide themselves a better daily life. It all start with a piece of idea to have a comfortable life. The prehistorical discovery of the ability to control fire increased the available sources of food and the invention of the wheel helped humans in travelling in and controlling their environment. Recent technological developments, including the printing press, the telephone, and the Internet, have lessened physical barriers to communication and allowed humans to interact freely on a global scale. However, not all technology has been used for peaceful purposes; the development of weapons of ever-increasing destructive power has progressed throughout history, from clubs to nuclear weapons. It create an unbelievable destruction to nature and human. From social problem, to disease. Every decade, new threats rise bringing harm to human. And it keeps attacking from different angle.

From a social view, weapons technology had given an unstoppable wars at West Asia especially in Palestine, Iraq, Afghanistan and neighbours country. From the famous desert eagle gun to supersonic speed fighting jet, it all had bring respect to the inverters nation and give them a power to attack any country that bring harm to them.





This roof pop-up Gatling gun is the latest car safety technology used to escort VIP

The communication world also have a very big development in technology this few decade. From a classic home phone, to a small and beautiful design with so many functions hand phone. The biggest impact that shaped the new era communication is Internet. This is where the advantage and disadvantage came along paralleled. When combine with hand phone, it had born another bigger impact to communications world. Just imagine, you have an approximately 5 X 3 CM with weight less than 100 gram daily gadget and you can access information all over the world or contact anyone wit it. You can also watch video, play games, hearing music and many more. The latest mobile phone have 12 mega pixel camera!

The no. 1 technology on earth, something that had never been predicted by ancient civilization, Computer. From Macintosh, now we have MacBook, Intel and AMD. The development only takes less than 80 years. Start with a 4 bit intel processor that can process 16 data address persecond, now we have 64 bit processor that can process 1.845X10^19 dataregister persecond. What a wonderfull technology in a small sized of microprocsor.

Let's wonder, what would it be if this development keep on going and increased faster. what would 2020 be for us. A real clone? A talking car?

Let's just wait...

Palestin...Apa Yang Dapat Kami Bantu

Sebenarnya kisah Palestin tenggelam dan timbul kerana banyak isu lain yang lebih diutamakan di dalam akhbar-akhbar dan media massa. Sehinggalah beberapa hari ini Israel semakin mengganas dan membunuh lebih 300 orang Palestin.Apa hebatnya Palestin sehingga semua umat Islam perlu mengambil cakna kepadanya?Palestin dianggap tanah suci umat Islam berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud :
"Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci yang telah Allah swt perintahkan bagi kamu sekalian." (Surah al-Maidah : ayat 21)
Palestin adalah tanah yang diberkati Allah. Firman Allah swt yang bermaksud :
" Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah kami berkati di sekelilingnya.
(Surah al-Isra' : ayat 1)
Firman-Nya lagi yang bermaksud :
" Dan telah Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang telah Kami memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu."
(Surah al-Anbia' : ayat 80)
Di tanah itu terdapat Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah. Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :" Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid : Masjid al-Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa." (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)Di bumi ini, terdapat ramai pesuruh Allah swt yang diutuskan di antaranya adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak dan Nabi Luth. Di sini juga adalah bumi Nabi Muhammad saw diisra'kan.Allahu... Allah...


Bangunlah Wahai Pahlawan IslamBumi ini pernah diperintah oleh Kristian selama beberapa ketika dan akhirnya jatuh ke tangan pahlawan Islam yang terkenal iaitu Salahuddin al-Ayyubi, seorang pemuda bangsa Kurdi, bukan berbangsa Arab. (Sesiapa yang berjuang di atas nama Islam, pasti Allah akan tingkatkan darjatnya)British telah mengisytiharkan penubuhan negara haram Yahudi menerusi Perjanjian Balfour pada 2 November 1917 dan mendapat persetujuan Amerika Syarikat pada 31 Ogos 1918.Pelajar Melayu yang belajar di Mesir pernah berjuang dengan menubuhkan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (1952) dan akhirnya nama yang terakhir adalah Persekutuan Melayu Republik Mesir, PMRAM (1971) bersama-sama kerajaan Mesir pada masa itu untuk memerangi tentera Israel yang bergabung dengan Perancis dan British. Pada 29 Oktober 1956, di atas semangat persaudaraan Islam, PMRAM telah menyertai tentera Mesir memerangi tentera musuh hingga ke perbatasan Suez. Para pelajar yang tidak berkeupayaan menyertai jihad ini telah memberi sumbangan dengan menderma darah. Golongan siswi pula tidak ketinggalan memberikan sumbangan menerusi khidmat menjahit pakaian tentera.Mereka Saudara KitaDan kini bumi Palestin telah digemparkan sekali lagi dengan peristiwa pembunuhan yang seolah-olah tidak akan sampai ke penghujungnya sehinggalah Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin. Namun yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang terkorban dan al-Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis.Apa yang dapat kami bantu wahai saudaraku...1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al-Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaAllah.2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma di sini.3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai Palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, SMS, MMS, majalah dan sebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia tentang penderitaan rakyat Palestin.4. Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin.
5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al-Aqsa dan umat Islam, silalah untuk menulis surat, menulis artikel dan petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berkuasa dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaan dan lebih dari itu, OIC.6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin web, pereka grafik yang kreatif membuat widget, bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Anda disarankan juga untuk memakai baju "Bebaskan Palestin".7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga untuk para pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan Allah memandang kita sebagai Muslim yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya...InsyaAllah.Sumber Rujukan :1. Professor Madya Dr Mohsen M Salleh, Isu Palestin, Latarbelakang dan Kronologi Perkembangannya sehingga tahun 2000, 2001, Fajar Ulung, Kuala Lumpur.2. Abdullah Nasir Ulwan, Pejuang Pembaharuan Salahuddin al-Ayyubi, Cetakan Pertama 1999, Darul Nuqman,Kuala Lumpur3. Ibnu Ismail, Nostalgia Syuhada' Palestin. Cetakan Pertama 2003, al-Qassam Library, Pahang.*Ustaz Mohd Zul bin Roslan merupakan salah seorang moderator sola jawab agama iLuvislam. Nama penanya adalah AnakPejuang atau IbnuNafis

Salam Ukhuwah Fillah



Kita bukan yang memulakan islam...
Bukan juga yang mengakhirkan islam...
Kita cuma manusia yang berada di tengah-tengah...
yang hanya menyambung sedikit tali perjuangan islam...
dan bila tiba masanya, akan di sambung oleh manusia lain...
buatlah yang terbaik, kerana jika engkau leka...
Allah akan gantikan dengan manusia lain...
Nauzubillah...

Iluvislam

iluvislam

Friends...=)