Seminar “Risalah untuk Kaum Muslimin” ini adalah suatu usaha untuk memahami dan menimba khazanah pemikiran dan suluhan keilmuan yang tersurat dan tersirat dalam salah satu karya besar Yang Mulia Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (SMNA), iaitu seorang Sarjana Islam berwibawa di Malaysia yang diiktiraf oleh dunia Islam dan dunia Barat.
Pengkaryaan kitab “Risalah untuk Kaum Muslimin” itu sebagaimana yang dikhabarkan oleh beberapa orang Sarjana tempatan, seperti Yang Mulia Profesor Dr. Wan Muhammad Noor Wan Daud dan Dr. Mohd Farid Mohd Sahran, yang kedua-duanya adalah anak didik Yang Mulia Prof malahan diperakukan sendiri oleh beliau telah mula dicatatkan manuskripnya sejak 35 tahun yang lampau sarat dengan penelitian sejarah, mengenal asal-usul permasalahan kaum muslimin, pengajaran dan ikhtibarnya, prinsip-prinsip dan konsep-konsep fundamental dalam agama Islam yang telah terabai, malahan turut menampilkan Mahraja(jalan keluar) terhadap sesuatu isu.
ABIM Sabah dengan rasa rendah diri, mencadangkan buat kali pertama di Malaysia dan di Sabah untuk mengangkat dan memberi perspektif tersendiri terhadap karya ini. Harapan untuk mengupas secara menyeluruh kandungan karya berkenaan mungkin dibatasi oleh waktu dan kesempatan tetapi ABIM Sabah berusaha agar karya “Risalah untuk Kaum Muslimin” ini menjadi bahagian terpenting oleh kelompok autoriti, peneraju dasar dan ahli akademik dalam membina polisi dan pandangan alam mendatang.
Karya ini juga yang amat relevan pada masa ini dimana ummat Islam berada di dalam kecelaruan pemikiran dan di depani dengan cabaran-cabaran dalaman dan luaran yang cuba untuk memesongkan aqidah ummat.
Seminar “Risalah untuk Kaum Muslimin” ini akan membahaskan topik-topik khusus dari bahagian-bahagian yang aulawiyat dalam karya berkenaan. Tokoh-tokoh sarjana yang memahami dengan baik karya berkenaan akan ditampilkan sebagai pembentang kertas kerja. Para-peserta seminar terdiri dari pimpinan politik, pembuat dasar, ketua-ketua jabatan, ahli akademik, pendidik serta pemimpin belia dan mahasiswa.
Tarikh Seminar : 16hb Julai 2009
Masa : 8.00 Pagi-5.00 Petang.
Tempat : akan ditentukan dalam masa terdekat.
Penyertaan adalah terhad. Tuan/puan yang berminat sila berhubung dengan Sdr. Mohd Zikri Zainuddin (0138830445) untuk mendaftarkan diri.
Seminar "Risalah Untuk Kaum Muslimin"
Bahaya Fluorida
APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.
MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.
MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.
KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.
PENYELIDIKAN AWAM
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."
AMARAN & PANDUAN
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:
"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."
/
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”
FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:
- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit
BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida. Lihat jadual tersebut:
SUMBER MAKLUMAT:
Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaan
www.fluoridealert.org
Hey World!
Hey world!
I'm walking in a strange path now
but i'm sure where to go,
and the road looks so bright,
brighter than the light of hope,
it is full of tears,
pain and misery,
better than the other road,
a big and joyful road,
full of happiness, greed and dishonest,
no wonder why the call it heaven on the road,
But world...
the road that i take,
make be feel very small, fool and bad,
it makes me know myself,
now that i know myself,
i'm a bad person,
with weak heart,
full of anger,
guided by sorrow,
world...
sometimes i feel so tired,
very-very tired,
because the path that i take,
makes me become a man,
makes me see what i'm holding on my back,
guest what?!
I'm walking with a big job now,
and they pay me with equanimity,
with goodness to myself
tell me world!
is there anyone on the globe that can pay me with that?
sure there's no one!
not even a single soul!
Hey world!
don't care how many people stand in front of me,
i will fight to the first line;
and i want to be the first one,
to die on the first line,
I will!
kesibukan...
sibuk sangat kebelakangan beberapa bulan ni...
Mengapa Yahudi Bijak

Jalan Pilihan
Insan mana yang tidak inginkan kebaikan. Sedangkan sudah menjadi fitrah manusia bahawa kebaikan itulah pilihan. Namun, ramai yang tidak tahu membezakan kebaikan dan kebenaran.
“kebenaran itu tidak ada dua, tiga atau seterusnya. Kebenaran itu cuma satu. Kebenaran yang satu itulah yang di cari oleh setiap insan. Ada yang berjaya menemuinya dan ada yang gagal menemuinya…”
Ust Ashaari, Global Ikhwan Corp.
Dan banyak lagi cara tafsiran kebenaran bagi insan yang yang juga sama memikirkannya. Perjalanan mencari kebenaran itu adalah jalan mencari tuhan, Allah swt yang memiliki dzat yang tertinggi. Setiap hati yang sedar sering bertanya:
Bagaimana untuk bermula?
Berapa jauhkah perjalanan ini?
Dan yang paling penting sekali…
Bagaimana jika tersalah langkah!
Betapa sedihnya hati bila mengetahui langkah yang di pilih adalah jalan yang salah. Terasa malu menghadap Allah swt. Mengingatkan kembali betapa hinanya kita sebagai hamba. Taraf yang paling rendah dalam susur galur peradaban sosial dunia. Apalagi dihadapan kerajaan langit, tidak layak kita sebagai manusia untuk meminta apa-apa.
Namun jangan kita pernah terlupa, kasih sayang Allah swt itu lebih mendahului daripada murkaNya. Yang setiap yang kita lalui itu adalah ujianNya. Setiap apa yang kita lalui, asalkan niat ikhlas kerana Allah swt, kita tidak akan pernah tersalah langkah. Betapa besarnya kasih sayang Allah swt kepada kita dan betapa ruginya manusia tidak menyedari. Seorang sahabat sering berpesan ketika saya bersedih,
“ kalau Allah swt makbulkan doa kita, bermakna Allah swt menyayangi kita. Kalau Allah swt lambat memakbulkan doa kita maka Allah swt menguji kita kerana Allah swt menyayangi kita. Tetapi jika Allah swt tidak memakbulkan doa kita, maka Allah swt ada yang lebih baik untuk kita, kerana sesungguhNya Allah swt amat menyayangi kita”
Tetap dan teguhlah dengan jalan yang dipilih. Dan yang pastinya, pilihlah jalan yang terbaik. Dan ingatlah ayat-ayat cinta dari Allah swt,
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh”
61:4
Janji Allah swt adalah janji yang nyata. Dan janjiNya adalah semangat perjuangan kita. Tidak kira jalan apa yang di pilih, selagi kita memegang perintahNya dan mengerjakanNya, tidak akan ada jalan yang salah untuk di lalui.
Berjuanglah bagaikan hari esok adalah penghujung perjuangan…..